Royalti Kelantan vs Kerajaan Pusat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan Kerajaan Pusat untuk menjadi pencelah dan menjadi defendan kedua dalam saman Kerajaan Negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Berhad (Petronas) supaya membayar tunggakan royalti minyak dan gas.

Hakim Datin Zabariah Mohd. Yusof membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Kerajaan Malaysia yang diwakili oleh Peguam Kanan Persekutuan, Datin Azizah Nawawi di kamar beliau.

Pada 30 Ogos 2010, Menteri Besar Kelantan memfailkan saman tersebut untuk menuntut royalti daripada Petronas.

p/s: Boleh percaya dengan kerajaan pusat apabila masuk campur dalam urusan petroleum? Harap mahkamah adili dengan seadil-adilnya supaya minyak keluaran Petronas tidak diboikot oleh rakyat negeri pengeluar minyak seperti Kelantan, Terengganu dan Sarawak

Comments