Tuesday, 8 March 2011

Penyokong PR atau BN Bodoh?

Setelah selesai Pilihan Raya Kecil di N.27 Merlimau di Melaka dan N.28 Kerdau di Pahang, maka kemenangan mutlak adalah milik Barisan Nasional. Kemenangan itu juga menunjukkan bahawa jentera Barisan Nasional lebih kuat dari Pakatan Rakyat.

Mengapakah dikatakan jentera BN lebih kuat dari PR? Adakah kerana BN mempunyai duit atau PR tiada modal untuk memberikan kepercayaan kepada rakyat? BN menggunakan semaksima jentera kerajaan termasuklah TNB, JKR, Polis, Bomba dan sebagainya dalam berkempen.

Benarkah jentera BN tidak kuat sekiranya tidak menggunakan jentera kerajaan? Di Malaysia, kerajaan persekutuan adalah kuda tunggangan kepada parti Barisan Nasional. Dalam sesebuah kerajaan yang memerintah, ia tidak boleh memcampur adukkan antara kerajaan dengan parti.

Tetapi di Malaysia lain jadinya. Sama seperti India. Ada sebauh filem hindi yang menceritakan jalan cerita sama dengan kerajaan Malaysia iaitu filem yang menjadi kesukaan Ali Rustam kerana heronya adalah Shah Rukh Khan. Filem itu ialah Phir Bhi Dil Hai Hindustani.

Plot ceritanya seakan-akan berlaku di Merlimau. Ali Rustam telah diiringi dengan polis dan pada ketika itu beliau berkempen untuk BN dan bukannya datang atas nama kerajaan negeri Melaka. Polis juga sudah menjadi kuda tunggangang pihak Barisan Nasional.

Pada PRK Merlimau yang lalu, undi pos yang rosak adalah 14 undi. Undi rosak tersebut sengaja dirosakkan sebagai tanda protes polis terhadap pihak BN. Hanya polis yang bukan kuda tunggangan akan rasa diri mereka mempunyai kredibiliti dan tidak sama dengan polis yang  menganggap BN yang memberi gaji mereka.

Penyokong PR paling cerdik dan beruntung kerana walaupun PAS tewas, mereka tetap boleh menggunakan jalan raya yang baru diturap. Itu bezanya penyokong BN dengan penyokong PR. Tahniah penyokong PR kerana menolak BN, anda tetap guna jalan raya.

0 Komen: