Kesemua 56 ADUN Selangor Disiasat SPRM?

Kesemua 56 ADUN di Selangor telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dengan terdapatnya aduan dan dokumen mencurigakan dibuat orang sama, kroni dan tuntutan yang tidak munasabah mengenai kematian Teoh Beng Hock.

Menerusi siasatan SPRM ke atas semua ADUN telah didapati 10 tuntutan palsu melibatkan DUN Kampung Tunku dan empat DUN Seri Kembangan. Siasatan itu juga bukan tertumpu kepada ADUN Pakatan Rakyat malahan ADUN Barisan Nasional turut disiasat kerana aduan yang diterima berkaitan penyelewengan peruntukan wang ADUN 2008 dan 2009.

Siasatan akan dilakukan secara menyeluruh tidak mengira Pakatan Rakyat ataupun dari Barisan Nasional dari tahun 2008 dan 2009. Pada 2008, kerajaan yang memerintah padaketika itu adalah Barisan Nasional jadi aduan ini kepada Pakatan Rakyat sahaja.

Adakah ini lakonan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 memandangkan baru sekarang isu ini telah diletupkan kepada media. Siapakah yang akan disabitkan kesalahn oleh SPRM ini?

Comments