Kerajaan Gila Kalau Saman Ekor Diteruskan

Bodoh dan bangang sekiranya saman ekor terus digunakan oleh pihak kerajaan. Ini amat menyusahkan rakyat kerana yang tidak pernah kena saman tiba-tiba ada rekod saman walhal tidak pernah memandu laju seperti motor berkuasa tinggi.

Sememangnya menyusahkan rakyat yang sentiasa menanggung beban yang sampai bila akan habis bebanan tersebut. Hari demi hari rakyat dijadikan katak dan disajikan kepada menteri-menteri yang rakus mengejar perencah untuk disajikan kepada drakula negara.

Sebelum ini seorang guru agama yang tidak pernah menggunakan jalan raya dan memandu laju tiba-tiba disaman entah apa sebabnya. Sudahlah guru tersebut mempunyai penglihatan kabur sebelah matanya dan bagaimana boleh memecut sehingga 90 hingga 250 kuasa kuda.

Seorang guru agama yang kabur mata kiri terkejut apabila menerima saman trafik atas kesalahan menunggang motosikal melebihi had laju di Km 46 Jalan Alor Setar-Butterworth, tiga tahun lalu.

Abdul Wahab Tampal, 65, yang mengalami masalah kabur mata kirinya berkata, selain tidak pernah melakukan kesalahan melebihi had laju itu, dia juga tidak pernah melalui jalan tersebut selama ini.

Dia yang hanya mampu menunggang motosikal tidak sampai 10 km di sekitar tempat tinggalnya di sini, hairan bagaimana dia boleh dikenakan saman menggunakan motosikal berkuasa antara 90 hingga 250 kuasa kuda.

Sedangkan, kata Abdul Wahab, dia hanya mempunyai motosikal Honda berkuasa 70cc dan tidak pernah ke mana-mana dengan motosikal itu kecuali ke masjid atau ke rumah saudara berdekatan.

"Saya hanya menunggang motosikal buruk berkuasa 70 cc sahaja itupun di daerah ini sahaja," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Telok Durian, Kupang dekat sini hari ini.

Dalam notis saman yang diterimanya, Abdul Wahab didakwa menunggang motosikal jenis Honda bernombor Plat PEX 9314 dan melakukan kesalahan tersebut pada 10 September 2008, kira-kira pukul 7.30 pagi.

Comments