Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Thursday, 3 March 2011

Keganasan Tangan Syaitan Merlimau




Keganasan pilihan raya merlimau ketika kempen telah menjadi semakin tegang. Kerana terlalu takut dengan kebenaran, pihak tertentu telah mengupah budak-budak anjing jalanan untuk memecahkan cermin kereta milik pengguna jalan raya yang tidak berdosa.

Apabila negara ada polis tetapi gagal menjalankan tugas, inilah jadinya. Pihak polis asyik melakukan sekatan jalan raya yang entah apa fungsi tetapi membiarkan keganasan ini berlaku menampakkan pihak polis gagal mengawal keadaan penyokong parti yang ganas ini.

Ini bukan kejadian kes yang pertama tetapi berturut-turut berlaku semenjak pihak lawan menabur fitnah. Kegagalan pihak lawan menabur fitnah telah menukar strategi ke arah merosakkan harta benda awam. Adakah pihak polis hanya membiarkan jika parti penimbang lakukan keganasan?

Ketidakadilan dan keselamatan yang tidak diurus dengan betul boleh menyebabkan berlaku perkara yang tidak diigini. Justeru, sebagai pihak keselamatan pihak polis harus telus dalam mengawal keselamatan semasa proses kempen dan bukannya berkonvoi dengan mengelilingi bandar Merlimau.

0 comments: