Dialah MP Yang Dibeli RM1.4 juta

Tahukah anda dua salinan cek masing-masing bernilai RM700,000 setiap satu yang didakwa dibayar kepada seorang ahli parlimen PKR untuk lompat parti? Bagi cek pertama bertarikh 12 Januari 2010 beralamat di sebuah bank di Ipoh manakala cek kedua pula bertarikh sah laku pada 15 Mac 2011.

Satu salinan perjanjian MP tersebut dengan tuan tanah itu dibuat pada Mei 2010 yang menuntut MP itu membayar RM1.5 juta dalam masa 60 hari, iaitu Julai tahun lepas.

Bagaimanapun tiada sebarang bayaran dibuat oleh ahli parlimen itu sehinggalah mendapat cek tersebut pada Januari 2011. Penghujung 2010 sikap MP ini mula berubah, serangannya kepada PKR mula menggila. Tiba-tiba, 12 Januari 2011 dia ada duit RM700,000.

Dalam perjanjian itu juga, ahli parlimen tersebut menggunakan alamat kediamannya sebagai alamat syarikat. Parti Keadilan Rakyat (PKR) pertahankan bahawa alasan mereka tinggalkan parti adalah kerana dibeli. Walaupun mereka sanggah, tetapi buat julung kalinya telah dibuktikan dengan dua keping salinan cek itu.

Adakah Ali Parlimen itu Gobala? Kita tunggu dan lihat siapakah yang menerima dua keping cek berjumlah RM1.4 juta masing-masing RM700,000 setiap sekeping cek.

Comments

opisboi said…
ayooo...pa ayoooo ma..mana saya ponya kawan tu zul bisul, saya mau tanya macam mana dia bolih buat muka ikan sardin bila tak mau bayar hutang.saya mau utang bayar kalu kina jadi katak lompat2.ayooo zul bisul mana lu lari.