Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Sunday, 20 March 2011

Bukti-bukti UMNO Buat Sial Di Kelantan



Pilihan Raya di Sarawak akan berlangsung dalam masa terdekat memandangkan pembubaran DUN akan dilakukan pada 21 Mac 2011. Suruhanjaya Pilihan Raya akan memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian. Pilihan Raya Umum ke-13 juga akan diadakan dalam masa terdekat dan jangkaan adalah bulan Julai ini.

Tetapi sebagai rakyat, kita tidak harus lupa dengan janji-janji manis BN ini seperti cakap-cakap munafik yang hanya manis dibibir tetapi busuk di hati. Mustpha Mohamad cuba menyemarakan gelombang merah bagi menumpaskan kerajaan Kelantan hari ini tetapi beliau lupa bahawa ada tiga janji BN belum tertunai di Kelantan.

Adakah gelombang merah ini akan melenyapkan beliau sebagaimana Awang Adek yang ingin menjadi Menteri Besar ketika PRU-12 yang lalu. Bukan itu sahaja, Awang Adek hilang kerusi DUN dan Parlimen dan sekarang menjadi Timbalan Menteri Kewangan atas Ihsan beliau sebagai "Bekas Menteri Besar Kelantan 2008".

DUN Pengkalan Pasir
Apa jadi dengan projek sistem tebatan banjir dijajahan Pasir Mas yang dijanjikan ketika Pilihan Raya Kecil pada tahun 2005 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pada waktu itu memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri? Janji ini masih diingati oleh pengundi-pengundi di DUN Pengkalan Pasir.

DUN Manek Urai
Apa jadi dengan janji projek jambatan yang menuju ke Manek Urai Lama yang dijanjikan pada tahun 2009 sewaktu Pilihan Raya Kecil Manek Urai. Khabarnya papan tandanya hanya didirikan sewaktu Pilihan Raya Kecil Galas yang lepas. Jangan pula papan tandanya rebah ke bumi sebelum sebutir batunya tiba!

DUN Galas
Apa pula perkembangan projek perumahan rakyat bernilai RM300juta ditabur di Galas, Gua Musang baru-baru ini yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri? Jika BN tewas di Manek Urai ia menjadi alasan janji tidak dapat dilaksanakan, apa pula alasannya di Galas?

Tiga soalan ini sudah cukup untuk pimpinan UMNO/BN khususnya di Kelantan mentelaah jawapannya sebelum ada pertayaan soalan-soalan lain. Apa pun janji yang akan terus ditaburkan oleh UMNO dalam menarik perhatian rakyat.

0 comments: