Mungkin video yang cuba memerangkap ahli politik masih lemah dalam sudut pembikinan jika kita meneliti ulasan yang dibuat oleh Yusri. Begitu panjang tempoh rakaman 20 minit tersebut sukar untuk dipalsukan tetapi harus diingat bahawa 20 minit rakaman itu terbahagi kepada 4 sudut.
Tambahan pula kamera yang diguna untuk rakaman seks itu adalah CCTV yang dalam keadaan statik dan ini tidak akan menjejaskan sudut rakaman ataupun babak dalam lakonan tersebut dan sukar sekali untuk dipalsukan. Jika ingin palsukan, maka buatlah adegan 2 minit sahaja dan bukannya 20 minit.
Tambahan pula rakaman sekitar 20 minit itu dirakam tidak secara berpanjang sebaliknya dicantum dengan 4 sudut rakaman menjadikan ia 20 minit. Pelik tapi benar kerana rakaman itu seolah-olah mengetahui ke mana objek dan subjek bergerak.
Adakah smasa rakaman, imej perut ahli politik telah mengunakan imej janaan seperti yang digunakan dalam Hikayat Merong Mahawangsa? Adakah itu kesilapan pengarah filem seks kerana terlalu membesarkan perut sehinggakan menjejaskan penerbitan filem tersebut?
Comments