Ali Rustam Tidak Tahu Beza Kari Ayam Dengan Kari Biawak

Ali Rustam, ini ialah ayam

dan ini pula ialah biawak.. Dah kenal?

Ali Rustam mesti berselera untuk makan kari ayam yang cuba dihidangkan kepada beliau namun tidak menyangka bahawa di negeri Maju 2010 ada lagi yang masih dibelenggu kemiskinan sehinggakan ada penduduk terpaksa memasak kari biawak. Itulah kari yang sebenarnya.

Kehidupan kaum India terabai dek pembangunan yang mencanak tetapi pembangunan yang maju hanyalah di bandar dan bukannya di luar bandar dan dengan ini bagaimanakah sesebuah negeri itu dikatakan maju dikala ada yang masih ditahap kemiskinan tegar seperti yang berlaku di Kampon Paya Buloh.

Itulah punca sebab utama jika ada perbezaan dan jurang yang terlalu tinggi di bawah pemerintahan BN. Yang kaya tetap kaya dan yang miskin akan terus miskin sehinggakan sanggup berlauk dengan kari biawak. Inikah sikap seorang Ketua Menteri yang seakan memikul tugas bagaikan biawak hidup?

Kari ayam yang didakwa oleh Ali Rustam sebenarnya adalah kari biawak. Biawak itu ditangkap oleh anjing peliharaan keluarga itu dan bukannya ayam yag segar bugar di pasaran yang didakwa oleh Ali Rustam. Manakal nasi pula adalah pemberian daripada seseorang.

Keluarga terbabit dalam dua kali seminggu tidur dalam keadaan perut kosong dan hanya menjamah bubur sahaja beserta dengan air kosong.

Comments