Ali Rustam Boleh Kencing Orang Melaka Tapi Bukan Orang Kelantan

Air Asia: Kota Bharu - Kuala Lumpur

Air Asia: Penang - Kuala Lumpur

MAS: Kota Bharu - Kuala Lumpur

MAS: Kuala Lumpur - Kota Bharu

MAS: Kuala Lumpur - Penang

MAS: Penang - Kuala Lumpur

Berapa kalikah penerbangan Kelantan dan Pulau Pinang dalam sehari, seminggu dan sebulan? Hari ini Kijang mahu memberitahu kepada Ali Rustam mengenai jadual perjanan penerbangan di dua negeri yang didakwa Ali Rustam mundur berbanding negeri Melaka yang maju tanpa penerbangan walau ia antarabangsa.

Mengikut dalam jadual penerbangan AirAsia bagi Kota Bharu mengikut hari, minggu dan bulan. Sehari penerbangan AirAsia di Kota Bharu adalah sekitar 20 penerbangan bagi dua hala, seminggu sekitar 100 penerbangan bagi dua hala dan untuk sebulan adalah 325 penerbangan bagi dua hala. Bagi penerbangan MAS, kekerapan sehari adalah 8 penerbangan bagi dua hala, seminggu 56 penerbangan bagi dua hala dan bagi sebulan pula ialah 235 penerbangan bagi dua hala.

Negeri yang tidak berapa maju pula seperti Pulau Pinang, penerbangan AirAsia 24 penerbangan bagi dua hala untuk sehari, 125 penerbangan dua hala bagi seminggu dan sebulan penerbangan ialah sekitar 350. Bagi MAS pula, penerbangan di Pulau Pinang bagi sehari ialah 20 penerbangan bagi dua hala, seminggu 140 penerbangan bagi dua hala dan sebulan penerbangannya ialah 520.

Maka kijang mahu bertanyakan mengenai penerbangan negeri Melaka ada sebanyak itukah untuk harian, mingguan dan bulanan? Kijang juga ingin memaparkan jadual penerbangan bagi negeri Melaka namun tiada dalam kedua-dua sistem penerbangan tersebut. Mengapa ia tiada? Sebab syarikat penerbangan tidak yakin untuk mendaratkan pesawat mereka kerana dikhuatiri lebih banyak liabiliti dari kelebihan aset.

Apabila kijang mendengar kata-kata seorang Ketua Menteri Melaka berbicara mengenai penerbangan dalam Malaysia, kijang rasa bagaikan mahu mencabut bulu-bulu yang ada. Mendengar kebodohannya menipu rakyat Melaka mengenai penerbangan. Kijang rasa, inilah Ketua Menteri taraf badut dalam Malaysia. Soal bicara tentang pembangunan tetapi jahil dalam menetukan pembangunan yang manakah dikehendaki oleh rakyat Melaka sendiri.

Kijang sempat menemuramah salah seorang rakyat Melaka mengenai penerbangan dalam Melaka. Beliau cukup malu dan kecewa dengan sikap Ketua Menteri yang tidak tahu mengenai politik dan hanya bercakap sekadar lepas batuk ditangga. Bagi beliau, Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka hanyalah seperti gelanggang layang-layang kerana penerbangan yang ada adalah jenis Eagle 150 yang digunakan untuk pelatih Akademi Penerbangan Malaysia.

Bagi beliau, lapangan terbang di Kota Bharu adalah lebih baik dari Melaka walau di Kota Bharu berstatus domestik tetapi penerbangannya sehari sehingga 16 penerbangan berbanding Melaka hanya 3 kali seminggu seperti yang diumumkan oleh Ali Rustam. Ali Rustam berbangga penerbangan 3 kali seminggu kerana sebelum ini penerbangan hanyalah 1 kali seminggu. Inilah minda pemimpin yang cuba mengencing rakyat terutamanya rakyat Melaka.

Dalam ceramahnya sempena Pilihan Raya Kecil N.27 Merlimau, Ali Rustam banyak mencari kelemahan Kelantan dan Pulau Pinang mengenai penerbangan. Beliau sebenarnya tahu atau tidak mengenai penerbangan dalam Kelantan dan Pulau Pinang jauh lebih pesat walau belum diiktiraf negeri maju seperti Melaka. Kelantan adalah muindur tetapi penerbangan yang pesat berbanding Melaka yang hanya melibatkan pesawat ringan seperti pesawat "nyamuk".

Hari ini Ali Rustam membodohkan rakyatnya mengenai pembangunan. Ditabur duit-duit agar orang Melayu di negeri Melaka seperti lembu dicucuk hidung. Pelajar dari Mesir juga diugut dengan rasuah. Begitulah kemajuan Ali Rustam di Melaka yang hebat dalam merasuah dan kehebatan itu tidak dapat ditandingi negeri yang mundur seperti Kelantan.

Comments