Ajal Di Warung

SEORANG kanak-kanak Azuan Azizan menunjukkan lokasi Limah dan Aminah tercampak selepas dirempuh sebuah kereta di Kampung Gaung, Pasir Mas

Seorang suami hanya mampu mengalirkan air mata selepas tidak sanggup melihat keadaan jenazah isterinya yang menemui ajal dalam keadaan mengerikan selepas dirempuh sebuah kereta semalam.
Limah Yusof, 74, ditemui mati dengan kedua-dua kaki dan tangannya hancur manakala kepala serta tengkoknya pula parah dalam kejadian pukul 8 pagi di Kampung Gaung, Tendong dekat sini itu.
Kemalangan itu turut mengakibatkan sepupu Limah, Aminah Hassan, 58, cedera parah. Dia kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ II) Kota Bharu.

Comments