Wartawan Kena Gangguan Seksual

GAMBAR Lara Logan (tengah) dirakamkan di Dataran Tahrir, Kaherah sebelum dia diserang pada Jumaat lalu.


Seorang wartawan stesen televisyen CBS, Lara Logan menjadi mangsa serangan seksual oleh sekumpulan lelaki ketika dia membuat liputan mengenai pergolakan di Mesir.
Menurut kenyataan stesen itu, kejadian tersebut berlaku semasa Logan, 39, berada di Dataran Tharir, Kaherah pada Jumaat lalu terpisah daripada anggota-anggota kumpulannya pada Jumaat lepas.
"Dia dan pasukannya serta petugas-petugas keselamatan mereka dikelilingi golongan berbahaya semasa orang ramai meraikan pengunduran Hosni Mubarak. Dia dikelilingi lebih 200 orang yang hilang akal," jelas CBS.
Menurut kenyataan itu, Logan dikelilingi dan mengalami serangan seksual yang kejam selain dipukul sebelum dia diselamatkan oleh sekumpulan wanita serta kira-kira 20 askar Mesir.
Wartawan itu terpisah daripada kumpulannya di antara 20 hingga 30 minit.
Menurut sumber akhbar Wall Street Journal, Logan, 39, yang merupakan ibu dua anak tidak dirogol
Dia diterbangkan ke Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu lalu dan kini beransur pulih selepas menerima rawatan di sebuah hospital di New York.
Wanita kelahiran Afrika Selatan itu yang pernah membuat liputan konflik di Iraq dan Afghanistan merupakan antara koresponden peperangan paling dikenali di AS.
Dia dilantik sebagai ketua koresponden asing CBS pada 2006. 
Sumber: Agensi

Comments