
Polis telah menggunakan kekerasan melampau dalam melakukan tindakan menyuraikan peserta demonstran. Ada yang disembur, dibelasah dan diludah sedangkan semua peserta sudah beredar selepas berjaya menyerahkan memorandum di kedutaan AS.
Polis seakan-akan mahu bermusuh dengan peserta demonstrasi. Jika benar peserta itu merusuh mengapa ia berlaku ketika peserta ingin bersurai. Provokasi ini berlaku apabila barisan paling belakang telah diprovokasi oleh pihak polis.
Ada yang cuba mempertahankan diri turut disumbat dalam trak polis atas sebab bertindak ganas terhadap polis termasuklah seorang peguam hampir ditangkap kerana mempertahankan anak guamnya yang ditangkap polis tanpa punca.
Comments