Rosmah Calon BN di Merlimau?


Benarkah apa yang kita akan dengar ini sesuatu yang akan berlaku di DUN Merlimau yang mana Rosmah Mansor iaitu isteri Najib akan bertanding di kerusi DUN Merlimau bagi mewakili calon BN dan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) memberi peluang kepada Rosmah untuk bertanding di PRK Merlimau yang akan datang.
Peranan beliau dalam misi (mengambil kesempatan publisiti atas misi murni menyelamat rakyat Malaysia di Mesir baru-baru ini) nampaknya sudah melebihi tugasan seorang Menteri. Saya melihat keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Rosmah sebenarnya mahukan pengiktirafan dalam kerja kuatnya di Oman, Bahrain dan kini di Mesir
Cabaran itu juga sesuai buat BN sebagai pujukan kepada hasrat Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah gagal meletakkan calon wanita pada PRK Tenang lalu.
Pemilihan Rosmah amat penting bagi menyelamatkan berjuta-juta wang rakyat Malaysia daripada terus dibazirkan dalam siri jelajah dunia dan pelbagai persidangan mengarut di bawah rancangan ‘Wanita Pertama’ Malaysia ini.
Andai benar PM Najib mahu buktikan perubahan, kita sebagai rakyat Malaysia mencabar beliau untuk menerima cabaran ini.

Comments