Ali Rustam Membintangi Filem DON 2 Bersama SRK?


Ali Rustam akan bergandingan dengan hero bollywood nombor 1 iaitu Shah Rukh Khan dalam filem DON 2 terbitan dua penerbit iaitu Ritesh Sidwanidan Farhan Akhtar dan diarahkan oleh Farhan itu menjadikan tiga tempat penggambaran filem iaitu di Kuala Lumpur, Melaka dan Langkawi.

Penggambaran di Malaysia hanya memakan masa sebulan sahaja dan di Melaka hanya mengambil masa lima hari sahaja untuk set penggambaran di Sungai Udang. Pelakon tempatan yang membintangi filem ini termasuklah Ady Putra.

Turut berlakon dalam filem tersebut adalah dua pelakon wanita yang paling top dalam arena perfileman bollywood iaitu Priyanka Chopra dan Larra Dutta. Larra Dutta bergandingan dengan datuk manakala Priyanka bergandingan dengan Shah Rukh Khan.


Kisah ini menceritakan seorang pembela beruk yang mencari projek pembangunan di negerinya untuk mengaut keuntungan yang besar dalam bidang pembangunan. Antara pembangunan yang cuba dilaksanakan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka, Litar Go-Kart, Projek Monorel dan banyak lagi.

Akibat terlalu rakus mengejar pembangunan, beliau telah kerugian besar dan terpaksa menanggung semua kos tersebut serta hidup merempat dengan seekor beruk yang dinamakan Mek Wok. Mek Wok menjadi teman bersama dikala datuk tersebut mendapat projek baru.


Tidak lama kemudian, Datuk Seri tersebut bertanding dalam pilihan raya yang telah diadakan ekoran kematian ADUN. Datuk Seri tersebut telah memenangi dalam pilihan raya tersebut dan menjadi wakil rakyat yang mewakili parti kerajaan. Tidak lama kemudian, beruk peliharaannya mati akibat tertekan selepas di bedah siasat.

Datuk Seri tersebut tidak berputus asa untuk mencari pengganti kepada beruk yang mati itu tadi. Tidak lama kemudian, Datuk Seri telah menandatangi projek roda gergasi dari Belgium untuk dijadikan produk pelancongan di negerinya. Namun, tidak lama kemudian roda gergasi itu telah di sita akibat kerugian kerana gagal mengaut keuntungan.

Akhirnya, projek terakhir yang cuba dilakukan oleh Datuk Seri ialah menubuhkan Sekolah Harapan yang mana telah melantik dirinya sebagai pengerusi sekolah tersebut. Setiap tahun kerajaan membelanjakan RM500,000 untuk pelajar sekolah tersebut.

Akhirnya, Datuk Seri tersebut telah mendapat sokongan dari Shah Rukh Khan akan penubuhan sekolah tersebut. Bukan itu sahaja, anugerah Darjah Mulia Seri Melaka turut diberikan kepada Shah Rukh Khan kerana menyokong penuh penubuhan Sekolah Harapan.

Comments

aku tengok ali rustam tu macam anupam kher la.. ala pelakon bolywood jgk.. kalo nak tau sape anupam kher cuba search kat tenet