Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Monday, 10 January 2011

Video: UMNO Melaka Hina Hudud dan Rakyat Kelantan


Sila tonton video ini sehingga habis untuk mengetahui isi kandungannya. Dalam ceramah ini, pihak BN telah mengganggu cerama yang telah diadakan oleh PAS/PR kerana jaraknya hanya 25 meter sahaja antara kedua-dua tempat ceramah itu.

Video ini diambil dari youtube yang menggambarkan UMNO Melaka telah mempermainkan hukum hudud serta menghina rakyat Kelantan. Mereka mengatakan rakyat Kelantan datang Melaka kerana negeri Kelantan tidak maju seperti Melaka Maju 2010.

Dalam video itu juga menceritakan keangkuhan UMNO Melaka untuk merampas dan merobohkan PASTI yang telah dijadikan tempat anak-anak kecil menuntut ilmu. Ini menunjukkan UMNO semakin terdesak dan menghalau orang Kelantan yang berhijrah ke Melaka.

Mereka mengganggap Melaka yang memberi peluang pekerjaan di bawah kerajaan UMNO/BN. Dalam video itu juga kata-kata yang dilempar oleh penceramah UMNO tersebut membandingkan kemajuan Melaka dan Kelantan. 

Mereka tidak sedar bahawa kemajuan Melaka itu menyebabkan dua produk mereka telah disita oleh pihak tertentu. Dua entiti yang telah disita di negeri Melaka Maju 2010 pada tahun 2010 adalah Eye On Malaysia dan Litar Go-Kart.

Sekarang siapa maju dalam berhutang dan disita? 

1 comments:

Nurzahirah said...

aku sebagai org mlake merasakan politik kampung melaka ni mmg bangang sama kuat melebih-lebih.terutamanya ali rustam...sume nak melebih-lebih...hape kebendanya melaka maju 2010,aku tengok sama jer mcm negeri2 lain di malaysia ni.....sebab sikap terlampau melebih-lebih ni la umno melaka kurang wakil dlm jawatan tinggi parti dan federal