Saturday, 29 January 2011

Pesawat Canggih RM2.21 bilion dileraikan



SALAH sebuah pesawat Nimrod mengalami proses peleraian di sebuah pangkalan tentera udara di Cheshire, England baru-baru ini.




Sembilan pesawat peninjau Nimrod milik Tentera Udara Diraja Britain (RAF), yang berharga £445 juta (RM2.21 bilion) sebuah mula dileraikan baru-baru ini.
Proses meleraikan pesawat tersebut dilakukan di sebuah pangkalan udara di Cheshire, England.
Secara keseluruhan, skuadron pesawat berharga £4 bilion (RM19.4 bilion) itu dileraikan dalam usaha kerajaan untuk menjimatkan kos operasi tentera Britain.
"Kerajaan mungkin dapat menjimatkan beberapa juta pound sterling tetapi pemusnahan pesawat ini akan melemahkan pertahanan udara Britain," kata seorang penganalisis keselamatan dalam komennya yang disiarkan sebuah akhbar tempatan.
Pesawat Nimrod yang memiliki panjang sayap 38.7 meter dan tinggi 9.1 meter, berupaya terbang pada kelajuan maksimum 925 kilometer sejam sejauh 9,656 kilometer tanpa perlu mengisi minyak. - 
Sumber: Agensi

0 Komen: