Melayu Terlolong Terpekik Menjerit

Terpekik, melolong dan menjerit itu sesuai dengan budaya melayu yang dipimpin oleh UMNO serta komponennya. Mereka mengajar rakyat erti sebenar dalam melolong di Tahun Baru 2011.Golongan yang paling ramai menjerit dan melolong ini kebanyakkan dari golongan wanita dan anak muda belasan tahun.

Keadaan ini berlaku di sebuah negeri yang baru sahaja diiktiraf sebagai Negeri Maju 2010. Bendera yang dipegang oleh golongan tersebut sudah cukup untuk melambangkan kepimpinan pimpinan UMNO jauh terperosok dalam menyelamatkan akidah golongan wanita. Dibiarkan sahaja terpekik sana-sini.

Tidak hairanlah Sekolah Henry Gurney di Telok Mas dan Sekolah Harapan di Jasin telah dibuka memandangkan remaja dan belia negeri ini suka akan hiburan yang melalaikan dan lupa akan tanggungjawab sebagai seorang yang beragama. UMNO hanya pandai cakap mengenai agama namun tiada kesungguhan melaksanakannya. 

Comments