UMNO Perkuda Masjid Demi Parti

Lihat sekitar pagar masjid

Gambar yang anda saksikan ini diambil di sebuah masjid di Negeri Maju 2010 iaitu Melaka. Cuba saudara lihat adakah itu masjid atau pejabat UMNO. Seakan-akan balai raya pun ada juga. UMNO telah memperkudakan masjid demi kepentingan parti mereka.

Pernah suatu ketika di Selangor kecoh gara-gara isu berpolitik dalam masjid. Adakah UMNO faham akan definisi politik atau sememangnya jahil mengenai politik. Agama dan politik sememangnya tidak boleh dipisahkan. Tetapi apa yang dilakukan UMNO ini jelas untuk berpolitik dalam masjid.

Sekarang siapa yang kencing dalam seluar akan nampak basah seluar itu beserta bau hancing. Sekarang UMNO sudah hancing kerana kencing. Apa yang mereka tuduh di Selangor mengenai berpolitik dalam masjid sebenarnya sudah terpalit kepada muka sendiri. Meludah ke langit terkena pada muka sendiri dan terus menjilatnya. Itulah perumpamaan untuk UMNO/BN.

Khemah tersusun begitu banyak dengan baris-barisnya tersendiri. Majlis tersebut konon-kononya untuk sambutan Maal Hijrah tetapi telah dibarisan nasionalkan atas ketuanan melayu keumnoan. Sebab itu dalam masjid mereka jadikan tempat meraih politik murahan. UMNO/BN ini ibarat pelacur murahan kerana mudah meraih publisiti jalanan.

Bendera siap terpacak di pagar masjid. Apakah motif ini sebenarnya? Mereka lakukan demikian seperti masjid ini adalah orang UMNO yang punya. sebab itu masjid ini tidak pernah ramai kecuali dipunggah oleh UMNO/BN seperti dalam gambar di atas jika ada apa-apa acara berkaitan. Walhal Masjid Bukit Katil terletak kira-kira 1 kilometer sahaja dari Masjid tersebut.

Kebangsatan UMNO/BN kian terserlah apabila AJK Masjid tersebut dipengerusikan oleh Ali Rustam sendiri sebagai Ketua Menteri Melaka dan naib pengerusinya ialah Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Mat Sirat B Abu. Setiausahanya pula adalah Penghulu Kawasan DUN Bukit Katil iaitu Mohd Dan Bin Samah. Penolong Setiausaha pula adalah Setiausha Japerun DUN Bukit Baru. Maka sebab itu masjid ini jadi masjid UMNO sebab AJK pun adalah kroni mereka.  

*Klik gambar untuk pembesaran imej

Comments