INILAH planet Nibiru yang dikatakan akan melanggar planet Bumi pada tahun 2012 |
Kerajaan menolak dakwaan bahawa Planet X atau Planet Nibiru akan melanggar Bumi dan menyebabkan kerosakan teruk pada tahun 2012.
Agensi Angkasa Negara (Angkasa) telah bekerjasama dengan agensi angkasa lepas antarabangsa seperti Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat bagi menjalankan pemantauan berhubung dakwaan tersebut.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili berkata, NASA juga mengatakan bahawa tiada bukti sahih tentang kewujudan Planet Nibiru dalam pencerapannya.
Comments