Beranikah UMNO/BN Tengok Gambar Ini

 Anwar Ibrahim

 Ustz Badrul Amin

Ustz Ghani Abd Rahman

Gambar ini dirakam oleh jurukamera media semasa ceramah di Markaz PAS Paya Dalam yang mana telah dihadiri seramai 3000 orang untuk mendengar ceramah Anwar Ibrahim, Shamsul Iskandar, Ustaz Badrul Amin mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) manakala PAS menghantar wakil Pesuruhjaya, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman.

Sambutan yang menggalakan dari penduduk kampung telah merencatkan dan melumpuhkan caramah UMNO yang cuba diadakan disebelah Markaz PAS tersebut. Pihak UMNO/BN siap menyediakan kain pelikat untuk diagihkan kepada mereka yang menghadiri ceramah UMNO/BN namun sekadar kain pelikat, ceramah UMNO malam ini lumpuh seratus peratus dan yang tinggal hanyalah bendera sahaja.


Sambutan yang menggalakan itu memberi isyarat kepada UMNO/BN Melaka bahawa mereka sebenarnya tidak lagi disukai oleh rakyat terutama penduduk Paya Dalam dan Tiang Dua. Bukti mereka tidak menyokong UMNO/BN adalah disebabkan sikap pemimpin UMNO/BN yang mementingkan diri sendiri.

Akhirnya, pemberian kain pelikat oleh UMNO/BN terpaksa dilakukan di atas pondok bas setelah tempat mereka untuk berceramah telah dijadikan tempat meletak kenderaan yang ingin mendengar ceramah Pakatan Rakyat.

Comments