Nak Tahu Bagaimana Kami (UMNO/BN) Menang Di Galas?

Mudah sahaja kalau hendak menang Pilihan Raya Kecil N.45 Galas ini. Kita gula-gulakan rakyat dengan material. Rakyat mesti sangkut punya. Kami sudah cuba cara ini di Galas dan terbukti berjaya. Kami menang majoriti menewaskan calon PAS. Kami bangga dengan cara kami lakukan kali ini.

Kemungkinan itulah cara yang dibincangkan oleh UMNO/BN di Kelantan ketika Pilihan Raya Kecil N.45 di Galas pada 4 November lalu. Mudah sahaja kerana ada tiga jenis kategori dalam pengagihan membeli undi rakyat di Galas. Ia terbahagi kepada tiga kategori iaitu Pengundi Berprofil Tinggi, Pengundi Berprofil Sederhana dan Pengundi Berprofil Rendah.

Klik gambar bagi pembesaran

Pertama, apa itu Pengundi Berprofil Tinggi? Pengundi Berprofil Tinggi ialah pengundi seperti ini hanyalah di bawah penyeliaan Pengarah Gerakan Jentera Pengarah Hal Ehwal Pengundi sahaja, segala bentuk tindakan akan di bawa ke Pengarah Gerakan Jentera Barisan Nasional Pusat.

Kedua, apa itu Pengundi Berprofil Sederhana? Pengundi Berprofil Sederhana ialah kebenaran diberi kepada Ketua Operasi untuk menyelaras perkara ini dan bentuk tawaran adalah seperti berikut:-

Pemberian hadiah

TV Pensonic, dapur memasak Pensonic, mesin basuh Pensonic, periuk nasi Pensonic, mesin jahit jenama Singer, basikal sekolah dan wang tunai RM500 hingga ke RM1000

Ketiga, apa itu Pengundi Berprofil Rendah? Pengundi Berprofil Rendah ialah sekadar memberi wang tunai berjumlah RM200 sahaja.

Begitu mantap sekali adegan rasuah UMNO/BN dalam membeli undi rakyat. Mereka saja buat kecoh pasal isu Tuan Guru bagi sumbangan zakat RM250 kepada mualaf tetapi mereka sebenarnya mahu menutup segala kelemahan mereka dan mengalihkan isu kepada Pakatan Rakyat.

Comments