Mempolitikkan Piala Malaysia

Dulu katanya tidak mahu mempolitikkan sukan bola sepak dengan mana-mana parti namun selepas kejayaan Kelantan menjuarai Piala Malaysia menewaskan Negeri Sembilan 2-1 pada 30 Oktober 2010, Annuar Musa telah memungkiri dengan apa yang diperkatakan sebelum ini. 

Annuar telah membawa Piala Malaysia ke Gua Musang untuk diarak ke sekitar daerah sana namun paling mengecewakan adalah tindakannya berarak menggunakan bendera parti UMNO/BN dan sekali gus tidak menghormati Sultan Mohammad V yang sepatutnya dipersembah kepada baginda tetapi telah digunakan oleh UMNO dalam berkempen di Galas.

Adakah penyokong bola sepak itu datangnya dari UMNO/BN? Annuar kena ingat bahawa sokongan kemenangan Kelantan adalah dari seluruh warga Kelantan dan bukannya dari UMNO/BN. Jika dari seluruh warga Kelantan, maka mesti ada dari kalangan penyokong PAS/PR dan UMNO/BN.

Mungkin Annuar patut letak jawatan dari KAFA selepas ini kerana minatnya kembali cenderung kepada politik dan tindakkan beliau menaikkan harga tiket dengan pakej tertentu sama seperti agenda BN menindas rakyat dalam Malaysia namun tindakan Annuar lebih kepada 'mencekik darah' rakyat Kelantan. 

Comments