Lukisan Bogel RM 213 Juta

LUKISAN seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani di New York kelmarin.


Satu lukisan seorang wanita bogel yang dihasilkan oleh Amedeo Modigliani dilelong di sini pada harga AS$68.9 juta (RM213 juta) kelmarin.
Rumah Lelongan Sotheby's menyatakan lima pembida bersaing untuk membeli lukisan yang berjudul La Belle Romaine itu.
Lukisan itu pada awalnya dilelong pada harga AS$40 juta (RM123 juta).
Pembeli lukisan baru itu tidak didedahkan.
Pelukis lukisan itu hidup di antara 1884 hingga 1920.
Pada mulanya, pelukis itu menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja mengukir tetapi mengubah untuk melukis kerana masalah kesihatan. 
Sumber: Agensi

Comments