Kerajaan Tiada Duit Beli Barang Indonesia

Mata wang negara Indonesia lebih rendah dari Malaysia namun negara itu mempunyai kereta perisai jenis Anoa 6x6 yang boleh disifatkan mempunyai kemudahan tempur sistem pertahanan negara itu yang telah digunakan semasa oleh tentera pengaman Indonesia di bawah panji-panji Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Hebat bukan? Malaysia dalam proses menilai untuk membeli kereta perisai Indonesia untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menggantikan kereta perisai pengangkut (APC) jenis Condor yang digunakan sekarang.

Sebelum ini Malaysia telah membeli beberapa produk dari Indonesia untuk ATM antaranya pesawat pengangkut CN235 dan helikopter Super Puma yang membawa VIP. Malaysia juga bercadang mengeluarkan peluru berkaliber sederhana untuk sistem pertahanan negara. 

Diharapkan jangan sampai kereta kebal yang dibeli itu tidak berfungsi seperti kapal selam. Harga pasaran di Indonesia lebih rendah jika dibandingkan dengan negara lain tambahan pula Malaysia akan muflis pada 2019 seperti yang diperkatakan oleh Idris Jala maka sifat berjimat cermat itu telah ada tetapi tetap membazir dari aspek yang lain.

Teruskan membeli dikala rakyat masih dibebani dengan masalah ekonomi yang kian meruncing dengan kenaikan harga minyak dan barang tetapi kerajaan Malaysia yang ditunjangi oleh UMNO/BN rakus mengikis duit rakyat.

Berapakah komisyen yang bakal diterima oleh Zahid Hamidi dalam pembelian kereta kebal tersebut? Adakah lebih tinggi nilai komisyen dari Najib yang telah mengutip komisyen kapal selam Scorpene RM513 juta? Sama-sama kita kira komisyen bersama Zahid Hamidi.

Comments