Saturday, 13 November 2010

DUN Kerdau Menanti PRK?

ADUN Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kasim sekali lagi dimasukkan ke Hospital Sultan Ahmad Shah (HSAS) kerana masalah tekanan darah tidak stabil. Sebelum ini beliau telah dimasukkan ke hospital setelah mengalami masalah buah pinggang dan jantung.

Sekarang tugas DUN Kerdau telah diambil alih oleh Ahli Parlimen Kuala Krau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau yang turut akan dibantu oleh Penasihat Agama kepada MB Pahang yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau iaitu Syed Ibrahim Syed Ahmad.

Sudah tiba masa untuk Pakatan Rakyat bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan di DUN Kerdau dan kita doakan agar kesihatan ADUN Kerdau cepat sembuh.

0 Komen: