UMNO Melaka Dalam Ketakutan

UMNO Melaka semakin takut dengan bayang-bayang sendiri apabila sekali lagi bertindak mencabut serta menanggal bendera PASTI dan bendera PAS sempena Program Mewarna yang dianjurka pada sebelah pagi. Tindakakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mencuri bendera tersebut seolah-olah mereka juga mewakili UMNO.

Di sini UMNO semakin gelisah walhal PAS belum lagi memenangi kerusi. Cuba bayangkan jikalau PAS yang memerintah, ramai pemimpin UMNO yang tidak tahan duduk malahan mengingau disiang hari. Mereka paling takut bila ada bendera PAS dan Pakatan Rakyat berkibar.

Mereka menganggap negeri ini negeri bapak UMNO yang punya. Betul-betul jahil UMNO di Melaka ini. Tidak sama seperti UMNO di negeri-negeri lain. Harap sahaja negeri maju tapi otak dungu. Tidak demokrasi langsung.  UMNO ingat mereka sahaja parti yang berdaftar dalam negara.

Itu tanda-tanda UMNO akan tumbang dalam pilihan raya akan datang. Sama-sama kita rakyat Melaka memastikan UMNO tidak wujud lagi dalam peta politik Malaysia demi memastikan negara kita aman, makmur dari cengkaman Israel versi UMNO.

Comments