Pesawat Terhempas Kerana Buaya



GAMBAR menunjukkan sebuah pesawat ringan terhempas di sebuah rumah di Bandundu, Congo pada Ogos lalu.


Seekor buaya yang 'mengamuk' di dalam kabin sebuah pesawat ringan mungkin menjadi punca ia terhempas dan membunuh dua juruterbang warga asing dan 18 daripada 19 penumpang yang lain pada Ogos lalu dekat sebuah lapangan terbang di bandar Bandundu, Congo, lapor sebuah akhbar semalam.
Menurut seorang penumpang yang selamat tetapi enggan identitinya didedahkan berkata, buaya itu dikatakan terlepas keluar dari sebuah beg sukan besar milik seorang penumpang yang membawanya menaiki pesawat tersebut untuk dijual.
Imbangan pesawat itu dipercayai tidak stabil ekoran tindakan para penumpang berlari ke arah kokpit pesawat mengikuti seorang pramugari yang mahu menyelamatkan diri.
Disebabkan terlalu ramai berada di bahagian kokpit, pesawat itu hilang kawalan sebelum ia merempuh sebuah rumah kosong di Bandundu.
Walaupun terselamat, buaya tersebut kemudiannya dibunuh dengan menggunakan parang oleh pasukan penyelamat.
Pada mulanya, para penyiasat menyangka nahas disebabkan pesawat itu kehabisan minyak. 
Sumber: Agensi

Comments