Khairy Ingat MIC dan MCA Parti Melayu

Kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin adalah kenyataan orang yang buta dalam politik tanah air. Cuba kita perhatikan petikan yang diambil dari akhbar. Beliau mengatakan Kelantan Negara Islam, Pulau Pinang tidak ada Dasar Ekonomi Baru dan Selangor apa saja boleh jalan.

Kenyataan tersebut menunjukkan beliau kecewa kerana gagal menarik orang Melayu di Kelantan, terlepas hasil bumi di Selangor dan yang paling bodoh mengatakan Pulau Pinang tidak ada dasar ekonomi baru. Khairy kena tahu bahawa Dasar Ekonomi Baru dilenyapkan oleh pemimpin mereka sendiri dan bukannya baru dilenyapkan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Khairy mungkin kecewa kerana yang memerintah Pulau Pinang itu adalah seorang bangsa Cina dan puak-puak UMNO yang kononnya membela Melayu telah menabur fitnah bahawa Melayu Pulau Pinang terpinggir di bawah pemerintahan DAP.

Sedar atau tidak bahawa sebelum ini yang memerintah Pulau Pinang adalah dari kalangan Cina juga yang namanya Koh Tsu Koon. Adakah Koh Tsu Koon itu dari orang Arab atau dikalangan Melayu? Jangan jadi bodoh dalam mnegakkan kemelayuan. Dulu Pulau Pinang di tadbir oleh GERAKAN yang mana Melayu ketika itu lagi terpinggir.

Kenapa UMNO benci sangat dengan Cina di Pulau Pinang sehinggakan membuat sengketa perkauaman? Adakah GERAKAN itu parti melayu? Walhal DAP dengan GERAKAN adalah parti yang majoriti dari kalangan masyarakat Cina.

Cuba Khairy bagi perbezaan kenapa mereka benci pemerintahan DAP yang memerintah secara telus dan adil berbnding GERAKAN yang hanya menjadi kambing hitam dalam Barisan Nasional?

Di Kelantan, mereka sebagai parti Melayu paling gagal mempengaruhi rakyat Kelantan. Ini dibuktikan dengan majoriti Melayu Kelantan adalah 95% tetapi menolak UMNO. Mengapa mereka menolak UMNO? Mereka menolak UMNO kerana UMNO ini memntingkan periuk nasi dari kebajikan rakyat.

Pernah dulu rakyat ditakut-takutkan jika tidak mengundi UMNO, maka hidup tidak akan senang. Tetapi PAS Kelantan telah membuktikan selama 20 tahun bahawa selama mereka memerintah belum ada lagi rakyat yang merempat dan meminta sedekah dan mereka bersyukur kerana UMNO tidak memerintah di Kelantan.

Kalau boleh mereka mahu menghapuskan UMNO dari bumi Kelantan. Ini kerana slogan UMNO yang cuba membela Melayu ternyata meleset dari minda masyarakat Kelantan. Kalau betul-betul mahu membela Melayu, Kelantan dan Terengganu yang paling layak menerima bantuan sebagai kuasa dominan Melayu. Terbukti di dua negeri ini telah mengeluarkan hasil minyak tetapi dinafikan hak oleh UMNO. 

UMNO ini parti apa sebenarnya? Parti Islam? Parti Melayu? atau Parti yang hanya menimbulkan "recist" dikalangan kaum? Hanya pimpinan UMNO sahaja yang boleh menjawabnya. Minda pemimpin UMNO boleh dikategori dalam minda kelas keempat.

Comments