Bayi Pertama Sekolah Mengandung Ali Rustam




Seorang pelajar Sekolah Harapan, institusi khas untuk remaja hamil luar nikah di Jasin di sini, selamat melahirkan seorang bayi lelaki Isnin lalu.
Pengerusi Sekolah Harapan, Datuk Ab. Rahaman Ab. Karim (gambar) berkata, pelajar perempuan berusia 17 tahun berasal dari Melaka itu dimasukkan ke Hospital Jasin pada pukul 5 pagi setelah menunjukkan tanda-tanda hendak bersalin.
“Pelajar ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3.6 kilogram pada pukul 8 pagi,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Penubuhan Sekolah Harapan dicetuskan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam yang bertujuan memberi perlindungan kepada remaja hamil luar nikah selain menangani gejala buang bayi yang semakin berleluasa.
Sekolah Harapan yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) itu menerima kumpulan pertama lima pelajarnya pada 20 September lalu.

Comments