Eskalator Pun Boleh Kena Curi?

Polis Indonesia berjaya menahan dua lelaki tempatan, Oktadianto Bi, 26, dan Nyoman Mertayasa, 32, kerana mencuri sejumlah eskalator daripada pusat beli-belah tempat mereka bekerja sebagai juruteknik di sini.
Mereka dipercayai mencuri sedikit demi sedikit bahagian kecil tangga bergerak itu sebanyak 24 kali sejak Mei sehingga Ogos lalu. Mencecah berat lebih satu tan, tangga tersebut dipunggah keluar menggunakan sebuah motosikal buruk.
Menurut akhbar Jawa Pos, letua polis tempatan, Gusti Nyoman Wintara dilaporkan berkata, pihak pengurusan Plaza Nikita mengadu kecurian eskalator terbabit pada 6 September lalu apabila menyedari banyak komponen tangga hilang secara misteri.
"Polis mengesyaki dalang kecurian itu ialah pekerja kompleks sendiri kerana kesemua anak tangga diumpil begitu sempurna tanpa meninggalkan kesan rosak yang ketara," katanya.
Dua suspek itu berjaya ditahan pada Selasa lalu. Namun, semua anak tangga tersebut gagal ditemui kerana dipercayai sudah dijual kepada sebuah bengkel besi lusuh yang kemudian didapati telah berpindah alamat. 
Sumber: Agensi

Comments