Terkini: FRU di Tempat Ceramah Dr Hatta

Jam 7.00 malam tadi, seramai 100 orang FRU telah berkumpul berhadapan dengan Markaz PAS Bukit Beruang. Malam ini juga akan berlangsung ceramah yang akan disampaikan oleh Dr Hatta Ramli. Tidak jauh dari markaz juga, UMNO cuba membuat ceramah tetapi pada hakikatnya untuk menggangu ceramah PAS.

Polis turut membuat sekatan jalan. Bukan jalan raya sebaliknya jalan kampung yang hanya boleh dilalui oleh sebuah kereta. Tujuan utama adalah memeriksa pengenalan diri mereka yang melalui jalan tersebut. Peniaga juga tidak dibenarkan memasuki kawasan ceramah.

Selain kawasan jalan ke markaz, pihak polis turut membuat sekatan di jalan berhampiran tanah perkuburan. Situasi bagaikan akan tercetus rusuhan. Apa tidaknya, kawasan tempat peniaga dijadikan sebagai tempat trak FRU meletakkan kenderaan.

Betapa kejamnya sehinggakan ada peniaga tidak dibenarkan masuk. Polis juga mengatakan kedua-dua ceramah dibatalkan sedangkan ada remaja yng sedang memasang bendera UMNO/BN. 

Seorang peniaga memberitahu bagaimana polis meminta dan menanyakan dari mana dia datang serta mengambil maklumat dari dokumen pengenalan. Beginikah sikap polis? Sekatan jalan raya yang tidak munasabah.

Untuk mengetahui situasi sebenar, sila hadir ke markaz PAS Bukit Beruang berdekatan dengn MAsjid Bukit Beruang. Dijangka akan ada situasi panas dan provokasi.
 
Sumber: Sini

Comments