Maut Jatuh Tingkat 16


ANAK panah menunjukkan lokasi pemuda Uzbekistan terjatuh dan mati di sebuah kondominium di Taman Ampang Utama, Kuala Lumpur semalam.


Seorang pemuda Uzbekistan yang didakwa mengalami tekanan kerana masalah peribadinya ditemui mati selepas terjatuh dari tingkat 16 sebuah kondominium di Taman Ampang Utama di sini semalam.

Mangsa yang berusia 24 tahun itu dikatakan terjatuh dari pangsapuri itu pada pukul 10.30 pagi dan mayat mangsa ditemui penghuni di kondominium berkenaan dalam keadaan tertiarap dan berlumuran darah.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan berkata, semasa kejadian itu ibu bapa dan seorang adik perempuan mangsa ada di dalam rumah tersebut.

"Mengikut keluarga mangsa, pemuda itu sejak kebelakangan ini dalam keadaan tertekan," kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Comments