Saturday, 14 August 2010

Maut Di Bazar Ramadhan

Bazar Ramadhan di Jasin hari ini bertukar tragedi apabila ribut melanda sehinggakan mencederakan ramai pengunjung yang hadir dan telah meragut nyawa tiga orang pengunjung.

Angka kematian terkini kejadian ribut kencang di Bazar Ramadan di Stadium Jasin, di sini petang tadi, kini meningkat kepada tiga orang.

Jumlah yang cedera bagaimanapun masih kekal 18 orang. Keadaan khemah yang diterbangkan angin berselerakan di atas jalan raya di sekitar stadium tersebut

Kejadian pada pukul 4.45 petang itu, mengakibatkan kira-kira 40 gerai peniaga di kawasan tersebut musnah dipukul angin.

0 Komen: