Kerajaan Pusat vs Kerajaan Kelantan

Baru keluarkan duit dinar dengan dirham, kerajaan pusat sudah panas punggung. Itu belum Pakatan Rakyat yang memerintah negara. Kalau tidak, habis menterinya jadi gila babi sebab tidak boleh terima kenyataan. Tetapi ini lain cerita, anak jati Kelantan yang betul-betul tidak sedar diri akan Kerajaan Kelantan mengeluarkan dinar dan dirham. Beliau dengan nada sinis memberi amaran kepada Kerajaan Kelantan.

Siapakah si mamat yang dangkal dan dungu itu kalau bukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. Begitu angkuhnya beliau mencabar kerajaan Kelantan sedangkan beliau adalah anak jati Kelantan.

Adakah kerajaan Pusat kemaluan dengan tindakan kerajaan Kelantan mengeluarkan dinar dan dirham? Apa tidak malunya kerana kerajaan Pusat tidak dapat mengeluarkan dinar dan dirham seperti kerajaan Kelantan maka mereka rasa tercabar dengan tindakan ini. Jadi, apakah masalahnya? Ini semua berunsurkan politik. Kerajaan Pusat jangan asyik berlagak mahu menjuarai isu. Jangan terlalu bodoh dan dungu. 

Jika rasa tercabar, cepat-cepatlah buat wang dinar dan dirham seperti yang dikeluarkan kerajaan Kelantan. Jangan asyik bermotifkan politik. Jangan cuba jadi mangkuk tandas. Kalau dah orang buang dalam mangkuk tandas, itu namanya tahi atau najis. Jangan asyik nak kata itu makanan. Biar beza yang mana makanan dan yang mana najis.

Makanan tu adalah halal dan najis itu seperti yang ada pada pemimpin yang mengamalkan rasuah. Biar pandai beza mana baik dan buruk. Jangan asyik fikir kerajaan sahaja yang betul dan kerajaan yang sebelah lagi salah. Betapa jahilnya pemimpin yang belajar tinggi-tingi tapi bangang bertingkat-tingkat. 

Ini kata-kata Datuk Seri Mustapa Mohamed

Saya nasihatkan kerajaan Kelantan jangan pandai-pandai (buat peraturan). Apa pun nak dibuat perlu berbincang kerana nanti rakyat terkeliru dengan bidang tugas kerajaan Pusat dan kerajaan negeri.

Soal mata wang ini bidang tugas kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri dan ini apa yang telah dibuat adalah jelas melanggar undang-undang negara. Kita ada perlembagaan dan peraturan. 

Ini kata-kata Datuk Seri Najib Tun Razak

Mengikut perundangan negara, hanya BNM yang boleh mengeluarkan wang yang diiktiraf dan sah di negara ini.

Sehubungan itu kata beliau, BNM akan melihat perkara itu dari segi percanggahan undang-undang.

Bodohnya kedua-dua pemimpin di atas.

Comments