Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Monday, 9 August 2010

Cadangan Tubuh Sekolah Rempit Wanita

Kerajaan Melaka telah berusaha menubuhkan sekolah hamil di Jasin, Melaka. Adakah Ali Rustam tidak mahu untuk menimbang cadangan sekolah rempit bagi golongan remaja wanita seperti dalam gambar di atas?

Sekolah bukanlah penyelesaian kepada isu permasalahan pelajar sebaliknya tindakan dari ibu bapa dan pihak berkuasa untuk membanteras itu lagi penting dari menubuhkan sekolah yang dianggap sebagai memberi "lesen" atau mengiakan apa yang hendak dilakukan.

Dengan kata lain, menyokong tindakan gejala sosial ini berlaku secara berleluasa tanpa pencegahan dari pihak tertentu. Kesedaran dalam diri individu itu menjadi faktor serta kerajaan perlu memikirkan sesuatu untuk mengelakkan pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.

Pencegahan lebih baik dari menubuhkan sekolah yang dianggap seperti lawak sarkas. Kerajaan Melaka seolah-olah mempermainkan perasaan wanita dengan penubuhan sekolah hamil. Selepas ini mungkin sekolah pelacur, sekolah wanita rempit, sekolah wanita merokok dan sebagainya selagi pemikiran pemimpin seperti pelajar tahun 1.

Renungkanlah selagi masih ada masa sebelum ditelan oleh masa yang semakin hari semakin pergi menanti waktu yang akan kekal selamanya.

0 comments: