Sokong BN Pun Minyak Naik?

Tahniah kepada pengundi UMNO/BN kerana mendapat satu lagi anugerah kenaikkan minyak petrol dan diesel serta barangan keperluan pada tengah malam ini. Kebijaksaanan dalam pilihan raya lalu telah diterjemahkan oleh pemimpin mereka pada malam ini. 

Sebelum ini pemimpin mereka kata minyak tidak akan dinaikkan pada masa ini maka pada malam ini minyak akan dinaikkan. Maka sungguh tertipulah mereka akan kejahilan pemimpin mereka. Apa boleh buat oleh pengundi BN? Akhirnya mereka termakan najis yang ditabur oleh pemimpin mereka sendiri.

Jangan dimarah kepada UMNO/BN kerana mereka menaikkan harga minyak adalah untuk melayu sang keris yang tidak boleh dicabar. Akibat tidak boleh dicabar maka harga minyak dan barangan pun dinaikkan. Hidup melayu itulah yang menjadi slogan yang membunuh melayu juga.

Selari dengan kenaikkan harga maka rumusan untuk Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST) juga diselaraskan agar rakyat dikencing oleh pemimpin UMNO/BN. Maka terkencinglah rakyat dengan propaganda yang sudah diberakkan oleh UMNO/BN itu.

Kecoh mengatakan kerajaan Selangor curi pasir maka UMNO/BN tidak sedar mereka telah mencuri kebajikan rakyat serta menindas rakyat untuk kepentingan kroni mereka. Malang menimpa golongan miskin yang mengundi UMNO/BN. Mereka dikencing cukup-cukup hingga terberak pun tersembelit.

Apakah yang akan dilakukan oleh rakyat yang mengundi BN? Adakah mereka mahu meneruskan legasi BN memerintah Malaysia dengan terbuktinya penyelewengan yang sedang dilakukan oleh pemimpin BN? 

Kecoh seketika PAS dengan UMNO mahu bersatu. Ini semua adalah cubaan mengalih isu rakyat. UMNO kecewa kerana gagal untuk bersatu dengan PAS maka mereka merancang menaikkan harga minyak. Siapa yang rugi? 

Pengundi UMNO yang rugi kerana harga minyak petrol rakyat yang menyokong Barisan Nasional dan rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat adalah sama harga. Lainlah kalau yang menyokong Barisan Nasional mendapat harga murah. Sungguh tertipu rakyat dengan BN.

Pilihan Raya ke-13 hampir tiba dikemuncaknya. Maka bersiap sedialah untuk menetukan siapakah yang layak memerintah negara. Tanda-tanda PRU-13 semakin hampir. Program banci rumah ke rumah, permit akhbar Pakatan Rakyat disekat bersama tujuh akhbar tabloid yang lain. Itu tanda PRU-13 dah hampir.

Comments