Ketua Katak Saman Suara Keadilan

Suara Keadilan menerima writ saman daripada Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berhubung penyiaran berita dalam akhbar tersebut berkenaan ucapan Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution  dalam Dewan Rakyat yang didakwa mengaitkan Ibrahim dengan syarikat judi kepunyaan tokoh korporat, Tan Sri Vincent Tan.

Dalam surat penyataan tuntutan yang dilampirkan bersama writ saman yang bertarikh 3 Jun itu, Ibrahim berkata Saifuddin yang juga Setiausaha Agung KEADILAN telah "secara palsu dan berniat jahat menyebarkan perkataan-perkataan fitnah terhadap plaintif".

"Fakta yang saya sebut dan saya ulang ialah berkenaan dengan penglibatan pembabitan di dalam syarikat perniagaan yang asda kaitannya dengan Vincent Tan, seorang tauke judi.

"Seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang agama, pejuang Melayu tulen, bukanlah aneh namanya kalau mempunyai kepentingan perniagaan dengan tauke judi terkenal di negara kita. jadi barabgkali kerana saya dedahkan satu hakikat seperti itulah maka emosi beliau itu keterlaluan dan cuba untuk merujuk saya kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan. 

"Dan seperti mansa sasya diminta memberikan penjelasan oleh Speaker, itulah yasng sebutkan semalam. Hkikatnya saya mendedahkan wajah seorang yang menonjolkan diri sebagai pejuang Melayu tetapi sebenarnya mempunyai kepentingan dengan tauke judi,"  kata Ibrahim memetik kenyataan Saifuddin pada perbahasan rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan 2010 di Dewan Rakyat pada 23 April lalu.

Kenyataan Saifuddin itu kemudiannya dimuatkan dalam artikel bertajuk "Perkasa Pejuang Melayu: Baik Dengan Tauke Judi" dalam keluaran 229 bertarikh 27 April hingga 4 Mei 2010. 

Writ saman daripada Mahkamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur yang difailkan melalui peguambela, Tetuan Rajindar Singh Veriah & Co dan dialamatkan kepada Pengarang Suara Keadilan, Dzulkarnain Taib serahkan di ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square, Tropicana, Petaling Jaya Jumaat lalu.

Surat daripada firma guaman tersebut menyatakan Dzulkarnain mempunyai tempoh 12 hari daripada penyampaian writ untuk memberi respon kepada tindakan saman yang diambil oleh Ibrahim.

Dzulkarnain berkata beliau akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya.

"Hak Ibrahim untuk menyaman Suara Keadilan tapi apa yang kami laporkan adalah kenyataan yang dibuat di dalam parlimen yang sepatutnya beliau maklum dilindungi oleh imuniti ahli parlimen.

"Tapi jika dia nak saman juga terpulanglah dan kita akan menghadapinya," kata beliau.

Comments