Gempa Bumi Kuat Landa Papua New Guinea

Satu gempa bumi kuat bermagnitud 7.2 pada skala richter melanda wilayah New Britain, di Papua New Guinea pada pukul 9.04 malam hari ini. 

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan di sini berkata pusat gempa itu terletak di latitud 6.1 selatan dan longitud 150.6 timur iaitu 533km dari timur laut Port Moresby, Papua New Guinea dan 3,786km dari tenggara Kunak, Sabah. 

Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Comments