Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Wednesday, 21 July 2010

Bayi Nyaris Digigt Anjing

Bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah kedai di Taman Beverly, Batu 13, Jalan Kuching-Serian dekat sini ditemui hampir digigit oleh anjing liar hari ini.

Bayi yang dipercayai baru dua hari dilahirkan itu telah diselamatkan oleh seorang suri rumah.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi ini, wanita yang berusia 60-an itu ternampak seorang bayi lelaki yang berbalut dengan sehelai kain ditinggalkan di atas lantai di belakang sebuah kedai dan sedang dikelilingi beberapa ekor anjing liar.

Wanita tersebut terus menghalau anjing yang cuba menghampiri bayi tersebut sebelum menyelamatkan bayi itu dan menghubungi polis. 

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Mun Kock Keong yang mengesahkan kejadian tersebut berkata, bayi tersebut telah menjalani pemeriksaan di Hospital Umum Sarawak dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil. 

Sumber: Berkata

0 comments: