Israel Tunjuk Senjata Rampasan Dari Mavi Marmara


GAMBAR yang disiarkan di laman YouTube menunjukkan tentera Israel mempamerkan senjata-senjata yang dirampas di atas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza, Mavi Marmara.


Tentera Israel menyiarkan satu rakaman klip video yang menunjukkan sejumlah senjata yang didakwanya ditemui semasa serbuan berdarah ke atas sebuah kapal misi bantuan antarabangsa yang menuju ke Genting Gaza, lapor sebuah akhbar semalam.

Antara senjata yang didakwa dirampas semasa serbuan kelmarin itu termasuk sejumlah bahan letupan, pisau, parang, lastik dan topeng gas.

Klip itu turut disiarkan di laman YouTube di Internet.

Sebelum ini, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mempertahankan tindakan anggota-anggota komando melakukan serangan di atas kapal Mavi Marmara kelmarin dengan alasan mereka telah diserang terlebih dahulu.

Tentera Israel mendakwa senjata itu ditemui di dalam kapal tersebut yang mengikuti pelayaran konvoi ke Gaza.

Rejim Zionis menyatakan, senjata-senjata itu digunakan terhadap anggota-anggota tentera laut ketika mereka memasuki kapal tersebut.

Tentera Israel menyatakan seramai sembilan aktivis dibunuh semasa serbuan tersebut manakala 40 yang lain cedera. 

Sumber: Agensi 

Comments

Asrol said…
hek eleh Yahudi nih,

tah2 dia sendiri yg letak pastu tuduh orang2 atas kapal tu yg letak

sorii ,,sapa nak percaya kat yahudi..dalamal-quran cakap jangan percaya kat yahudi