Lemas Selepas Bersilat

Air kelapa menjadi hidangan terakhir seorang pelatih silat Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) sebelum dia lemas di Pantai Tok Jembal dekat sini semalam.



Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi ketika mangsa, Norhidayu Mokhtar, 19, (gambar) bersama 13 lagi rakannya sedang membuat latihan di pantai tersebut sebelum menyertai satu pertandingan silat di Selangor hari ini.

Mangsa yang berada di tepi pantai itu dikatakan cuba membantu seorang rakannya yang dikenali sebagai Hanisah yang tiba-tiba tenggelam ketika mandi bersama tujuh lagi rakan mereka.

Bagaimanapun, dia turut lemas bersama seorang lagi rakan dikenali sebagai Adibah yang juga cuba membantu mangsa pertama. Mereka bertiga kemudian berjaya dibawa ke tebing oleh rakan mereka yang lain. Norhidayu bagaimanapun meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Seberang Takir.

Comments