Ladang Ganja Dalam Rumah


SEORANG anggota polis menunjukkan beberapa pokok ganja yang ditemui diletakkan di dalam sebuah almari di rumah seorang wanita di Blackburn, Britain.


Polis menemui 'ladang ganja' di dalam sebuah rumah milik seorang wanita di Blackburn, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejumlah pasu pokok ganja turut ditemui di bawah katil anak lelakinya berusia lapan tahun.

Ibu kanak-kanak itu telah ditangkap kerana disyaki menanam pokok ganja dan kini diikat jamin bagi menunggu tindakan lanjut daripada pihak berkuasa.

Beberapa anggota polis berkata, peralatan untuk membesarkan tanaman juga dijumpai di dalam sebuah almari.

Seorang pegawai polis, Amar Beg berkata, pewangi digunakan untuk menghilangkan bau pokok ganja itu.

Menurutnya, pihak polis berpendapat pokok itu diletakkan di bawah katil sementara menunggu ia membesar sebelum dipindahkan ke tempat lain.

Seorang jiran wanita itu berkata, ibu budak tersebut suka bersembang dan mesra tetapi dia tidak pernah memasuki rumahnya. 

Sumber: Agensi

Comments

Senang pulak pokok ganja ini hidup dalam rumah..letak bawah katil pun boleh hidup..