Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Saturday, 22 May 2010

H1N1 Serang Pelatih PLKN


Kem Sri Ledang, Tangkak yang menempatkan pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara.


Seramai 410 pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang ditempatkan di Kem Sri Ledang di sini kecoh apabila lima rakan mereka disahkan menghidap selesema babi atau influenza A (H1N1) manakala 60 yang lain menghidap penyakit serupa influenza (ILI) semalam.

Lima pelatih yang positif H1N1 itu terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan.

Secara keseluruhan jumlah pelatih yang terjejas merangkumi 44 lelaki dan 21 perempuan. Empat daripada mereka telah pun diasingkan di dalam sebuah bangunan di kem tersebut.

Kesemua mangsa juga telah diberikan rawatan antiviral. Kami juga giat memantau tahap kesihatan 60 pelatih lain.

0 comments: