Wednesday, 19 May 2010

H1N1 Meningkat Lagi

Sebanyak 13 kes disahkan positif Influenza A (H1N1) sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes sebanyak 14,479.

Kementerian juga menerima laporan lima kes kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI); masing-masing di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad seluruh negara sebanyak 591 kes dan 70 kes daripadanya disahkan positif H1N1 sementara bilangan kes ILI di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 14 kes dengan 10 daripadanya berisiko H1N1.

 Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus influenza H1N1 seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan pelalian kepada kumpulan berisiko serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari lawan sesawang di http://www.moh.gov.my atau http:h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/300.

0 Komen: