Ditembak Ketika Menyamun


ZAKARIA (tengah) melakonkan semula bagaimana tujuh penjenayah mengacukan parang pada leher mangsa ketika menyamun sebuah kafe siber di Jalan Genting-Klang semalam.


Tindakan sekumpulan lapan lelaki menyamun sebuah kafe siber memakan diri apabila salah seorang daripada mereka cedera selepas terkena tembakan dalam satu kejadian di Jalan Genting-Klang di sini semalam.

Kejadian pukul 3.30 pagi itu berlaku apabila suspek-suspek bersenjatakan pedang, parang, gergaji dan pisau yang menaiki sebuah kereta BMW dan sebuah motosikal menyamun premis berkenaan.

Ketika itu terdapat 12 pelanggan dan dua daripadanya merupakan anggota polis berpakaian preman yang singgah untuk pergi ke tandas ketika menjalankan rondaan di kawasan tersebut.

Difahamkan, salah seorang penyamun menunggu di dalam kereta manakala tujuh lagi masuk ke dalam.

Comments