Siri 1: Apa itu BTN (Buang Tahi Najis)?

Seperti yang kita dengar mengenai Biro Tata Negara atau dengan ringkasnya BTN banyak memberi kesan negatif kepada peserta yang terlibat.Ia lebih bersifat "brainwash". Kenapa ia dikatakan "brainwash"? Tujuan BTN adalah untuk menghapuskan sokongan kepada pembangkang (Pakatan Rakyat).

Bukan sekadar hapus namun target mereka adalah sebagai sebuah negara yang sifar pembangkang (Pakatan Rakyat). Betapa kejam dan jahatnya program BTN ini. Kebanyakkan program yang dibuat di Biro Tata Negara adalah dari agensi berkaiatn kerajaan.

Inilah peranan BTN sebagai pusat memaki-hamun pemimpin Pakatan Rakyat, membuat tuduhan jahat, perkauman, pentingkan Melayu dan mempertikai kenapa perlu memilih Islam. Tujuan utama mereka adalah untuk mengetahui siapa yang menyokong akan kemelayuan dan berkaitan Islam.

Pendekatan mereka lebih kepada Islamik UMNO dan bukanya kepada endekatan Islam yang sebenarnya. Ia bersifat rektorik dn hanya untuk menunjukkan kemelayuan mereka dan bukan kepentingan agama.

Sebagai contoh apabila membuka majlis dengan al fatihah, sebelum memulakan apa-apa bagi salam dan muqadimmahnya sekali dan ceramah islamik ala umno..(BTN tidak buat) dan mereka tutup majlis dengan tasbih KIFARAH (sepatutnya KAFARAH-menghapus dosa). Bila ada peserta yang memberitahu tutup dengan tasbih kafarah mereka (pihak BTN) tegur dan cakap salah.  

Sekarang BTN mempermainkan perkara berkaitan agama dan ada juga menghina ulama.Sebagai contoh ada 2 ceramah yang disampaikan semasa BTN dijalankan iaitu Malaysia dan Pendidikan serta Ekonomi.

CERAMAH 1 = MALAYSIA (membincangkan penting sayangkan negara..ceritakan sejarah Malaysia-tidak diterapkan lagi kepada politik tapi banyak menyentuh bab orang melayu).

Mereka tidak menitik beratkan pasal Islam sebaliknya mahu menanam doktrin bahawa yang bawa kemerdekaan Tanah Melayu adalah orang Melayu. Siapa itu Melayu? Mesti orang BTN akan cakap UMNO yang bawa Melayu. Sememangnya sungguh tertipu kepada mereka yng mempercayai BTN ini.

CERAMAH 2 = PENDIDIKAN DAN EKONOMI (banyak membincangkan apa yang kerajaan  buat adalah betul...mereka (pihak BTN) bagi pamplete cukai GST tetapi tidak menghuraikan tentang apa itu GST...)

Bagi BTN, apa yang dilakukan oleh kerajaan itu betul dan yang dibawa oleh pembangkang (Pakatan Rakyat) adalah salah dan melanggar undang-undang.

Ikuti kisah selanjutnya dalam posting yang berikutnya mengenai modul yang dilakukan di BTN..

Comments