Perancis Tolong Altantuya Siasat Kapal Selam

Pejabat Pendakwaraya Perancis telah diminta memulakan siasatan ke atas unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia semasa Najib Razak menjadi Menteri Pertahanan.

Siasatan itu turut membabitkan penjualan kapal selam oleh syarikat DCN dan anak syarikatnya Amaris kepada beberapa Negara lain termasuk India dan Pakistan.

Penjualan kapal selam membabitkan dakwaan sekutu Najib di bayar komisyen lebih lima ratus juta ringgit telah lama membelenggui perdana menteri.

Malah pembayaran komisyen itu dikaitkan kepada pembunuhan warga Mongolia Altantuya Sharibuu pada tahun 2006.

Menurut media, dua hakim Perancis, Francoise Besset and Jean-Christophe Hullin, sedang menyiasat dakwaan pemimpin-pemimpin politik Peranchis terbabit dalam kegiatan rasuah dalam menjual peralatan ketenteraan kepada Negara-negara seperti Malaysia.

Suaram, sebuah pertubuhan hak asasi di Malaysia, mengupah peguam untuk mendesak pejabat pendakwaraya Peranchis bagi turut menyiasat penjualan dua kapal selam kepada tentera laut di raja Malaysia.

Suaram mengambil tindakan itu kerana dikatakan mempunyai bukti kukuh wujudnya unsur rasuah dalam penjualan kapal selam kepada Malaysia.

Beberapa pihak membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis namun tidak ada tindakan susulan diambil.

Pelbagai pihak mendakwa Altantuya telah ke Malaysia untuk menuntut komisyen beliau berjumlah setengah juta dolar amerika syarikat bersabit penjualan kapal selam itu sebelum beliau mati dibom Oktober 2006.

Najib dalam pada itu menafikan mengenali Altantuya, namun penyiasat persendirian P. Balasubramniam mendakwa Najib mempunyai hubungan dengan bekas model Mongolia itu.

Comments