Streaming TV [Live]


Komuniti

Nuffnang

Monday, 5 April 2010

Merusuh Gara-gara Jualan Murah


SEPULUH anggota polis cedera dan tiga orang ditangkap selepas 2,000 orang menyerbu pasar raya American Apparel di timur London pada Jumaat lalu.


LONDON - Sepuluh anggota polis cedera dalam satu rusuhan yang tercetus di sini pada Jumaat lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Kejadian itu bukan berpunca daripada satu demonstrasi politik tetapi ia berlaku apabila lebih 2,000 orang menyerbu jualan murah pasar raya fesyen American Apparel di timur London.

Rakaman di laman perkongsian video YouTube menunjukkan beberapa anggota polis bergelut dengan orang ramai manakala keadaan sekitarnya hiruk-pikuk dengan jeritan orang ramai.

"Pada pukul 10 pagi, orang ramai berasak-asak di pintu masuk. Kami tidak menyangka jualan murah kami menarik kehadiran ramai orang," kata seorang pengurus pasar raya American Apparel, Jan Hubner. 

Sebanyak tiga orang dilaporkan ditangkap dalam kejadian itu.

Ekoran kekecohan itu, pihak pengurusan kedai gedung tersebut menghubungi polis dan menamatkan jualan murah tersebut.

Namun, tahap keselamatan ditingkatkan kelmarin manakala waktu perniagaan bermula seawal 8.30 pagi waktu tempatan 

Sumber: Agensi

0 comments: