Klinik Tahun 2010 atau 20 Tahun Lepas

Klinik Desa Batu Berendam
Percaya atau tidak rupa keadaan klinik di Batu Berendam. Inilah realitinya keadaannya yang sebenar.sama seperti keadaan klinik di sekitar pedalaman Sabah dan Sarawak. Tapi klinik desa ini terletak di Melaka dan bukannya di Sabah atuapun Sarawak.

Pandangan luar klinik
Klinik ini sentiasa dipenuhi dengan pelanggannya tidak kira hari kecuali cuti hari minggu. Kebanyakkan mereka yang datang adalah daripada kawasan berdekatan sebagai contoh dari Taman Melaka Baru, Taman Merdeka, Taman Sri Jati dan beberapa kawasan taman berdekatan dengan klinik desa tersebut.

Pandangan pintu masuk

Jumlah penduduk di Batu Berendam pada tahun 2000 adalah 21 909 orang. Cuba bayangkan selepas 10 tahun kemudian. Adakah penduduk di sekitar Batu Berendam tidak melahirkan anak? Angka pada tahun 2010 dijangka mencecah kepada 30 230 orang namun keadaan klinik tersebut seperti wujud pada era tahun 80-an. 

Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Mat Sirat

Apa perancangan Ahli Parlimen Bukit Katil, Datuk Mat Sirat kepada rakyat Batu berendam? Adakah terus membiarkan keadaan klinik yang begitu uzur dan tidak mampu menampung bilangan pelanggan yang datang? Jangan terlalu mengejar projek besar sehinggakan keadaan rakyat di kawasan sendiri terabai.

Kepada siapa dia melambai?

Kebiasaan yang datang ke klinik itu adalah golongan wanita, ibu-ibu mengandung dan anak-anak kecil untuk mendapatkan rawatan pada setiap bulan. Klinik itu bolehlah dianggap sebagai "reban" rakyat. Sudah tiba masanya kerajaan di bawah kepimpinan Ali Rustam mengambil langkah menaik taraf keadaan klinik .desa tersebut.

Jangan sampai ibu-ibu yang mengandung duduk bersila di atas lantai gara-gara tempat untuk duduk di dalam adalah terhad. Ini sudah masuk tahun 2010. Tidak mahu maju ke?

Adakah gejala buang bayi ini berlaku kerana tiada tempat untuk mereka bersalin? Itu pembaca boleh menjawabnya

Comments